Monday, January 2, 2012

Kita Malas Berfikir

Sekarang hangat ya bicara tentang isu berkaitan mahasiswa?

Seperti biasa, orang di Malaysia hanya akan mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan cepat terpengaruh dengan berita yang diwar warkan ini. Tidak berfikir panjang dan mudah mempercayai tindakan satu kumpulan yang dirasakan betul.

Situasi ini sama dengan apa yang terjadi tempoh hari mengenai isu penempatan guru ISMP. Sebagai contoh, adanya satu taklimat berkaitan isu penempatan guru ISMP dengan wakil KPM di kolej aku tempoh hari. Sepanjang taklimat berlangsung, aku dapat melihat betapa mahasiswa ini sangat cetek pemikiran dan boleh dikatakan tidak cukup rujukan sebelum membicarakan sesuatu. Mahasiswa ini hanya bercakap berdasarkan apa yang didengar dari sebelah pihak tanpa membuat usul periksa mengenai pihak lagi satu. Kurang pembacaan, kurang pengetahuan mengenai topik, tidak bertanyakan pandangan orang atasan, dan sebagainya. Pihak atasan yang mendengar soalan mahasiswa kepada wakil KPM hanya mampu menggelengkan kepala. Aku sebagai mahasiswa pendidikan juga turut malu dengan soalan yang dilemparkan sepanjang taklimat. "Rasa mau terajang kuat kuat pelajar cam tuh!". Mahasiswa seperti ini hanya mempunyai satu tujuan dalam kepala, mengapi apikan situasi yang sudah sedia panas. Memang terserlah kebodohan pelajar terbabit. 

Isu penempatan guru ini bukan baru sebenarnya. Sebelum aku mengambil keputusan meneruskan pengajian dalam bidang perguruan ini, aku sudah sedia maklum dengan situasi yang bakal berlaku, lambat ditempatkan dan sebagainya. Aku juga tahu menjadi guru merupakan satu tanggungjawab besar, tidak mudah dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan. Jadi tidak perlu terkejut dengan berita yang baru diwar warkan ini. Sebab itu mahasiswa seharusnya tidak tertumpu hanya dalam bidang akademik, tapi mempelajari kemahiran hidup yang lain. Tetapi bukannya dengan cara mencampuri urusan yang boleh merosakkan masa depan kita. 

p/s: aku malas nk post ni kt fb. byk org fanatik kerajaan dan bukan kerajaan kt sana. banyak lak yang makan dalam nanti. rasa mau block smua geng2 ni pon ada. =.=