Tuesday, August 9, 2011

Tak Terkata Apa

Sekarang pelajar universiti yang buat Sarjana Muda pastinya tengah cuti 4 bulan dr bulan Mei hingga September akan datang. Jadi kesempatan ni aku guna untuk bekerja selama dua bulan di sebuah kilang di Johor (gaji lumayan gak, tak macam gaji kat Perlis, wkwkwkw).
Banyak pengalaman yang aku dapat masa kerja di sini, terutama dalam penggunaan alat pertukangan. Setiap hari, kerja yang aku perlu buat adalah berbeza. Jadi, setiap hari badan aku akan sakit di tempat yang berlainan. Contohnya, hari Isnin, aku sakit pinggang, hari Selasa, aku sakit bahu, hari Rabu aku sakit lengan dan seterusnya begitu lah.

Tapi pada mula - mula aku masuk kerja di situ, aku diberi taklimat bagaimana pengurusan di kilang itu dan diberi beberapa informasi tentang kilang. Seterusnya, aku dan beberapa orang termasuk 2 orang lelaki dan perempuan yang aku tengok dalam lingkungan lewat 20-an dan aku menganggap mereka telah berkahwin diuji dengan satu permainan menyusun kayu kecil untuk melihat kepantasan jari. Seterusnya, kami dikehendaki menjalani latihan menggunakan alat pertukangan "Air Skrewdriver". Guna "Air Skrewdirver" ni gua habaq lu, boleh lebam tangan. :D Memang lebam tangan aku masa latihan seminggu tu. 

Tapi yang aku paling tak boleh terima, masa hari first kami buat latihan, kakak dan abang yang aku cakap berumur tu, buat kerja nak tak nak ja. Jadi aku terfikir, diorang ni orang yang tak ada pelajaran, tak ada duit, mesti hidup susah, tapi kena buat kerja susah sikit pon tak boleh tahan? Kakak tu bagi alasan demam la, tak sihat la masa buat latihan. Tapi... pagi dan tengah hari tu aku tengok dia sihat ceria saja dalam bilik taklimat?Kena "aircond" kut, jadi sihat? Duk dalam bengkel terus demam? Esok harinya, memang diorang tak datang kerja. Aku dah agak. =))

Itu cuma fikiran aku, tapi betulkan? Nak gaji besar, tapi buat kerja susah sikit tak nak? Kan kerja tu kalau buat lama - lama akan jadi biasa? Itu yang aku fikir sampai aku boleh kerja di situ sampai 2 bulan untuk cari rezeki. 

Mungkin tu la orang kita kan? Semua benda kena suap, suruh buat kerja tak nak? Semangat nak hidup tak ada? Semua nak jalan mudah? Jadi last - last kerja la pelacur, penyeludup dadah, dan lain - lain yang senang dapat duit. Habis sangat jadi pengemis tepi jalan mintak duit. 


2 comments:

rufufu said... [Reply]

manusia meleis mmg macam tu....

Hamidah said... [Reply]

lupa plak sni meleis... =))

Post a Comment