Thursday, October 4, 2012

meleis

Peristiwa:

Seorang pemudi jatuh cinta dengan seorang pemuda. Pemudi tersebut sering melihat pemuda berada di surau kampung mereka. Rajin mengalunkan azan, sering membaca al-quran dan sewaktu dengannya.

Dengan izin Allah SWT, mereka berkahwin. Bahagia dengan 5 orang anak.

Dugaan datang. Pemudi yang telah menjadi wanita bekerjaya ini diduga, diuji kesabaran dan kekuatan dalaman diri.

Suami yang dulunya disanjung tinggi, kini berlaku curang. Berzina. Wanita terkedu. Tidak terungkap kata-kata, menggambar perasaan hati yang remuk.

Wanita tidak mampu melawan. Baginya, penceraian bukan jalan penyelesaian. Kini hidupnya dalam dilema. Hanya anak-anak menjadi kekuatan untuk terus teguh dalam perkahwinan ini.


Pengajaran:
*Tak tau nk kata apa.. org yg kita rasa baik, mungkin boleh berubah sekelip mata. Dugaan. Harap diri wanita terus tabah.

Friday, February 24, 2012

Jangan Cakap Jangan Cakap

Semester baru dah mula. Harap ni semester terakhir untuk Ijazah Sarjana Muda. Pasal nak sambung Master pula, nanti fikir kemudian.

Baru-baru ni aku masuk kelas "Perlindungan Radiologi". Salah satu subjek wajib Fizik yang aku kena ambil. Pensyarahnya telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai radiologi. Tengah belajar dalam kelas, dia sebut pasal isu "Lynas". Aku percaya dia terlibat dalam projek ni, tapi tidak terlibatkan dengan mana2 parti politik berdasarkan komen beliau terhadap isu ini.

Beliau berpesan, "JANGAN CAKAP mengenai perkara yang kamu tidak tahu. Bukan semata mendengar propaganda yang sengaja di ada2 kan yang tidak mempunyai alasan saintifik." 

p/s: kena salin nota sambil dengar beliau bersyarah yang paling x minat sekali. susah nak fokus.

Monday, January 2, 2012

Kita Malas Berfikir

Sekarang hangat ya bicara tentang isu berkaitan mahasiswa?

Seperti biasa, orang di Malaysia hanya akan mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan cepat terpengaruh dengan berita yang diwar warkan ini. Tidak berfikir panjang dan mudah mempercayai tindakan satu kumpulan yang dirasakan betul.

Situasi ini sama dengan apa yang terjadi tempoh hari mengenai isu penempatan guru ISMP. Sebagai contoh, adanya satu taklimat berkaitan isu penempatan guru ISMP dengan wakil KPM di kolej aku tempoh hari. Sepanjang taklimat berlangsung, aku dapat melihat betapa mahasiswa ini sangat cetek pemikiran dan boleh dikatakan tidak cukup rujukan sebelum membicarakan sesuatu. Mahasiswa ini hanya bercakap berdasarkan apa yang didengar dari sebelah pihak tanpa membuat usul periksa mengenai pihak lagi satu. Kurang pembacaan, kurang pengetahuan mengenai topik, tidak bertanyakan pandangan orang atasan, dan sebagainya. Pihak atasan yang mendengar soalan mahasiswa kepada wakil KPM hanya mampu menggelengkan kepala. Aku sebagai mahasiswa pendidikan juga turut malu dengan soalan yang dilemparkan sepanjang taklimat. "Rasa mau terajang kuat kuat pelajar cam tuh!". Mahasiswa seperti ini hanya mempunyai satu tujuan dalam kepala, mengapi apikan situasi yang sudah sedia panas. Memang terserlah kebodohan pelajar terbabit. 

Isu penempatan guru ini bukan baru sebenarnya. Sebelum aku mengambil keputusan meneruskan pengajian dalam bidang perguruan ini, aku sudah sedia maklum dengan situasi yang bakal berlaku, lambat ditempatkan dan sebagainya. Aku juga tahu menjadi guru merupakan satu tanggungjawab besar, tidak mudah dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan. Jadi tidak perlu terkejut dengan berita yang baru diwar warkan ini. Sebab itu mahasiswa seharusnya tidak tertumpu hanya dalam bidang akademik, tapi mempelajari kemahiran hidup yang lain. Tetapi bukannya dengan cara mencampuri urusan yang boleh merosakkan masa depan kita. 

p/s: aku malas nk post ni kt fb. byk org fanatik kerajaan dan bukan kerajaan kt sana. banyak lak yang makan dalam nanti. rasa mau block smua geng2 ni pon ada. =.=