Thursday, October 4, 2012

meleis

Peristiwa:

Seorang pemudi jatuh cinta dengan seorang pemuda. Pemudi tersebut sering melihat pemuda berada di surau kampung mereka. Rajin mengalunkan azan, sering membaca al-quran dan sewaktu dengannya.

Dengan izin Allah SWT, mereka berkahwin. Bahagia dengan 5 orang anak.

Dugaan datang. Pemudi yang telah menjadi wanita bekerjaya ini diduga, diuji kesabaran dan kekuatan dalaman diri.

Suami yang dulunya disanjung tinggi, kini berlaku curang. Berzina. Wanita terkedu. Tidak terungkap kata-kata, menggambar perasaan hati yang remuk.

Wanita tidak mampu melawan. Baginya, penceraian bukan jalan penyelesaian. Kini hidupnya dalam dilema. Hanya anak-anak menjadi kekuatan untuk terus teguh dalam perkahwinan ini.


Pengajaran:
*Tak tau nk kata apa.. org yg kita rasa baik, mungkin boleh berubah sekelip mata. Dugaan. Harap diri wanita terus tabah.

4 comments:

pakDin said... [Reply]

adakah kisah ini berkisarkan ttg kisah hidup penulis??

Hamidah said... [Reply]

@pakDin penulis x ckup umur utk ad 5 org anak... jd, bukan kisah hidup penulis

Muhammad Luthfi Norzan said... [Reply]

@penulis. meleis only?

Hamidah said... [Reply]

@Muhammad Luthfi Norzan haha kisah ni berlaku di kalangan meleis. mungkin turut berlaku di kalangan masyarakat lain

Post a Comment