Pernah terfikir untuk Derma Organ?
Aku terfikir macam tuh bila ingatkan diri tak banyak buat jasa pada masyarakat dan negara. So, maybe ini lah jalan terakhir sebelum jasad ak dikebumi kan, peluang aku memberi khidmat pada masyarakat.
Tapi, macam mana pula dengan family aku jika dapat tahu yang aku ingin dermakan organ? Mesti ada yang membantah. Jika tak membantah, itu satu bonus. Mana tahu, family aku pon nak turut serta dalam menderma organ ni. Kalau membantah, kena pandai2 la pujuk hati si ibu, kerana pasti dia yang akan terluka hati memandangkan badan anak kesayangan akan dirobek robek doktor hensem. ;-D
Isu menderma organ ini agak sukar untuk dibawa ketengah untuk dibincangkan. Kerana kebanyakan akan berpendapat bahawa apabila tiba masa untuk dikebumikan jasad terutama untuk orang Islam, akan menjadi masalah, kerana organ atau anggota badan yang tidak cukup.
Namun, sebenarnya, itu tidak menjadi masalah. Hukum menderma organ adalah harus di dalam Islam dan ini adalah amalan mulia. Jadi, seharusnya kita patut mula mengikis rasa menderma organ adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan.
Galakkan masyarakat kita mula menderma, sama ada menderma darah, organ ataupun bantuan kewangan di saluran yang betul, bukan di saluran yang salah. Lengkapkan diri dengan semua persoalan yang timbul mengenai derma organ dengan banyakkan membaca dan bertanya pada yang pakar.
Sesiapa saja boleh menjadi penderma organ, sama ada tua atau muda, cuma jika penderma adalah berumur 18 tahun ke bawah, mereka dikehendaki meminta kebenaran ibu bapa dahulu.
Sesiapa yang ingin menderma organ juga perlu mendaftar dan mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang siap diisi perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Selepas mendapat kad penderma, kad itu hendaklah disimpan di dalam dompet dan di bawa ke mana2 sahaja kita pergi.
Untuk keterangan lanjut, lawati laman ini. Info Sihat.
Jika tiada aral melintang, insyaAllah, aku akan turut serta dalam menderma organ di masa depan. Amin.
5 comments:
walawey..hang nak derma organ??
uik..i takot cket la..
tp kan org kate, kalau ko da dsftar derma organ, bile ko da tyme: sume organ ko dia amek.
kasi tinggal kulit je kot..
ntah la
dunNo..
Jom DerMa DaraH!!
haha ak tkut derma darah siot.. tp kalo derma organ, tima kita da mati, x tkut da kut... haha entah la. jgn goyahkan semangat ak neh. wahaha
bagus gak cadangan ang tuh...
aku nak derma organ tuttt aku ar..hehe..
psss...agak2 doktor nak ke x nanti??
wey togey!! ang tulis apa kt link utk blog aku?? si minah lagha...siot toll..mentang2 aku mls nk blogging and cantekkn blog aku..
@pakdin: haha doc x mau kut. kecik. wahaha
@myn: ad ka ak kata? wahaha
Post a Comment