Sunday, January 9, 2011

Manusia cepat lupa?

Ya, isu ini bukan baru di Malaysia. Isu ini makin menjadi-jadi. Mungkin kerana mendapat keberanian bila ada banyak orang melakukan hal yang sama. Sama seperti isu "Saya gay dan saya ok". Lebih banyak manusia di muka bumi Malaysia sudah berani mengaku dirinya gay. Tapi isu hari ini bukan pasal gay, tapi pasal:
PEMBUANGAN BAYI


Gambar ini merupakan gambar yang paling popular aku rasa sebab bayi perempuan ini dibuang di hadapan masjid dan tatkala bayi ini dijumpai, ia dipenuhi dengan semut. Amat menyedihkan.


Bila berita seperti ini dihebohkan di kaca tv atau pon pihak media, masyarakat mula menyalahkan manusia yang melakukan hal itu. Bila gambar seperti ini di"upload" di facebook, orang mula memberi komen, "kasihannya bayi ini".


Tapi, katakanlah bayi yang mungkin merupakan anak luar nikah ini dibiarkan hidup dan menempuhi cabaran di dunia, apa yang akan terjadi biasanya bila dia besar, dia tidak diterima masyarakat. =.= Mana sifat simpati yang kita beri jika dia mati tatkala dia dah dewasa? Biasanya anak luar nikah tidak diterima masyarakat, dihina, dimaki, dikatakan membawa malapetaka dan susah untuk berkahwin sepanjang hidupnya. Jika jadi begini, baik saja dia mati kan? Sebab tak ada orang yang akan menerimanya. Baik dia dibuang sebab dia hanya rasa tidak diterima oleh ibunya sahaja dan tidak lagi sejuta orang bila dia dewasa. 


Aku tak tahu, bayi ini sepatutnya hidup atau tidak. Bila dia besar dan ingin berkahwin dengan anak tok imam kampung, pasti akan ditentang habis habisan oleh keluarga tok imam termasuk tok imam sendiri (situasi ini hanya contoh, bukan tok imam sahaja). Katanya, tidak tahu asal usul dan lain - lain lagi. Tapi bila saat bayi yang kecil tadi mati dibuang, dia yang mengatakan dunia sudah akhir zaman, manusia sudah tidak tahu nilai kemanusiaan. Mana kata kata "anak ini tidak bersalah"?


Bila anak yang tak dapat merasai kasih sayang dan merasa dirinya disayangi, dia mula melakukan sesuatu yang boleh membuatkan dia diterima oleh lain, contohnya berkawan dengan budak jahat. Tapi mengapa budak jahat? Kerana budak jahat memang mementingkan persahabatan. Sejahat mana pon perbuatan mereka, mereka tak akan tinggalkan kawan kerana kawan sajalah yang mereka ada di dunia, bukan ibu bapa dan tok imam. Budak baik memang tak kawan dengan anak yang tak tahu asal usul kan? Nanti imej terjejas kan?


Samalah kes ini dengan budak yang mempunyai penyakit HIV yang diwarisi ibu bapa. Dari kecil, mereka tidak diterima masyarakat. Padahal, masyaralat boleh belajar bagaimana nak bergaul dengan mereka. 


Pasal orang yang buang anak sendiri, itu memang orang yang hilang akal, tak ada perasaan dan memang hati dah tertutup. Itu urusan dia dengan Allah SWT. Tapi dari sudut positifnya, baguslah dia buang, sebab kalo dia besarkan pon, anak itu pasti diabaikan dan tak ada kasih sayang. Anak yang tak cukup kasih sayang memang suka cari pasal.


Cara nak banteras gejala buang anak ni? Tak tahu la aku. Bagi aku, bukan ibu bapa saja yang kena bagi kasih sayang dan kekerasan pada anak anak, tapi masyarakat juga. Bukan tunggu dan lihat, kemudian kata belakang a.k.a gosip depan rumah. Ada saja ibu bapa yang dah tatang anak dengan baik, tapi anak buat hal jugak. Masyarakat saja lah yang boleh tolong tengokkan anak anak bila dia di luar rumah. Ibu bapa pon, jangan pula nak berangan boleh tunai setiap impian anak anak jadi kenyataan (sebab waktu kecil2 dulu, impian dia jarang tercapai) dan biar anak2 pijak kepala kita dari kecil. Umur 4 tahun dah tahu menengking kat ibu nak beli permainan "babi dol". Apa kejadah nya pulak tuh? Siapa yang lahirkan siapa neh? Biar dari kecil, anak2 kenal rotan, kenal "hanger", sampai dia tahu mana hanger murah dan mana hanger mahal. Baru besar dia jadi manusia bukan "menatang haram".


p/s: Ini cuma pandangan aku. Aku benci manusia cakap mula mula lain, bila kena kat diri sendiri, cakap lain. Cakap depan lain, cakap belakang lain. Keling ka ap?

4 comments:

rufufu said... [Reply]

midah emo...
tp...
bab kawen...

hmmmm....xtau la

MidSiBudakHangit said... [Reply]

xdak la emo. haha bengang ja ngan manusia hipokrit

rufufu said... [Reply]

haha...wat gena..
tu la manusia..

Anonymous said... [Reply]

Saya sudah dimaksudkan untuk posting tentang sesuatu seperti ini di halaman web saya dan anda memberi saya ide. Cheers..

Post a Comment