Sunday, January 27, 2013

Ulasan Buku #1

Tajuk Buku: Kisah-Kisah Kekejaman Israel di Palestin
Pengarang: Budi Santoso

Komen:
Bila dah selesai baca buku, dalam diri rasa tertipu dan rugi beli buku ni.

Berdasarkan tajuk buku, aku mengharapkan buku ini mengetengahkan cerita yang betul-betul dapat menyentuh hati, penceritaan secara terus terang, tidak direka reka, dan paling penting, berharap ia adalah dari pengalaman pengarang sendiri. Buku ini memuatkan cerita-cerita pendek kekejaman Israel di Palestin

Antara sebab aku rasa tidak puas hati dengan buku ini:

#Buku ini ditulis, bukan atas pengalaman pengarang sendiri
#Semua cerita ditulis berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada internet (berdasarkan Rujukan di belakang buku)
#Cerita di internet sudah pasti kesahihannya tidak dapat dipastikan
#Penceritaan adalah mengulang mengenai sesuatu topik
#Terlalu banyak pengulangan ayat yang sama (merugikan helaian kertas, juga mungkin untuk menampakkan buku adalah tebal)
#Penggunaan ayat puitis yang melampau (mungkin memanjangkan jalan cerita) 
#Isi penting sesuatu cerita tidak banyak sebenarnya. Cth, menceritakan hal mengenai sesuatu isu yang berlaku dalam masa 5 minit di khemah sukarelawan. Tetapi penggunaan ayat puitis yang panjang menyebabkan cerita boleh menjangkau 2-3 muka surat untuk satu cerita
#Jika pembaca seorang yang gemar membaca di laman sesawang, buku ini akan menjadi satu penyesalan (Cerita lazim yang dibaca di internet, cuma kini ia dibukukan)
#Susunan muka surat silap, tidak cukup dan tidak lengkap
#Harga tidak berbaloi dengan pengisian dalam buku

0 comments:

Post a Comment