Monday, October 3, 2011

YA

Peh, awat len macam laju ja buffering ni?






Unfortunately, kawasan blog aku tak ada signal utk Yes. Ada la 1 bar, atau 0 paling banyak.
So, made up my mind, buat ja "kotakna" a.k.a hand made antena.
Materials include 1 not yet used box, 6 pieces of glossy papers which I had many, extension USB cable 3.0m.






Sekarang dah dapat 2 atau 3 bar bila online. Tu pon dah laju sampai takut nk guna, takut terlebih excited dan terlebih bajet bulanan beli topup utk Yes. 


Digi, guna utk jadi kotakna saja. =))


p/s: Lampu bilik rosak. Tiap kali pindah bilik baru ja, mesti lampu besar rosak, bila dah baiki lampu besar, nanti lampu study lak yang rosak. =[]

Coretan Kuliah

Suatu masa di dalam kelas Basic Electronics


Dr : Dulu masa saya belajar kat UK, saya ada seorang kawan. Dia suka sangat makan meggi..
Aku: (dalam hati) shit, mesti jd benda buruk kat kwn Dr, ak dah la ada stok megi cukup 1 sem.
Dr: Last2, kawan saya tu, lulus dengan cemerlang jugak. Rambut pon steady tak ada yang luruh.
Aku : (dalam hati) =.="




Suatu masa di dalam kelas Advances Electronics


Situasi: Masa tingal 5 minit sebelum tamat, tapi ada seorang budak mengetuk pintu bilik kuliah menanda budak tersebut mahu kami keluar kelas dengan cepat.
Dr: Aih, sapa yang berani ketuk bila kelas kita ni tinggal lagi 6 jam nak abis?
Dr terus ke pintu dan bertanya siapa yang ketuk pintu tadi dan kenapa.
Budak: Er, subjek yang kami nak belajar nanti susah. (sambil garu kepala)
Dr tutup pintu kembali.
Dr: Apa yang budak tu cuba sampaikan? Tak pa lah, budak2 1st year, baru selangkah ke universiti.


p/s: Dr perli slogan "Selangkah ke Universiti" untuk program 1st year exp. Katanya dia dah beribu langkah di universiti tak ada apa yang jadi pon. Bosan adalah. =DD

Tuesday, August 9, 2011

Tak Terkata Apa

Sekarang pelajar universiti yang buat Sarjana Muda pastinya tengah cuti 4 bulan dr bulan Mei hingga September akan datang. Jadi kesempatan ni aku guna untuk bekerja selama dua bulan di sebuah kilang di Johor (gaji lumayan gak, tak macam gaji kat Perlis, wkwkwkw).
Banyak pengalaman yang aku dapat masa kerja di sini, terutama dalam penggunaan alat pertukangan. Setiap hari, kerja yang aku perlu buat adalah berbeza. Jadi, setiap hari badan aku akan sakit di tempat yang berlainan. Contohnya, hari Isnin, aku sakit pinggang, hari Selasa, aku sakit bahu, hari Rabu aku sakit lengan dan seterusnya begitu lah.

Tapi pada mula - mula aku masuk kerja di situ, aku diberi taklimat bagaimana pengurusan di kilang itu dan diberi beberapa informasi tentang kilang. Seterusnya, aku dan beberapa orang termasuk 2 orang lelaki dan perempuan yang aku tengok dalam lingkungan lewat 20-an dan aku menganggap mereka telah berkahwin diuji dengan satu permainan menyusun kayu kecil untuk melihat kepantasan jari. Seterusnya, kami dikehendaki menjalani latihan menggunakan alat pertukangan "Air Skrewdriver". Guna "Air Skrewdirver" ni gua habaq lu, boleh lebam tangan. :D Memang lebam tangan aku masa latihan seminggu tu. 

Tapi yang aku paling tak boleh terima, masa hari first kami buat latihan, kakak dan abang yang aku cakap berumur tu, buat kerja nak tak nak ja. Jadi aku terfikir, diorang ni orang yang tak ada pelajaran, tak ada duit, mesti hidup susah, tapi kena buat kerja susah sikit pon tak boleh tahan? Kakak tu bagi alasan demam la, tak sihat la masa buat latihan. Tapi... pagi dan tengah hari tu aku tengok dia sihat ceria saja dalam bilik taklimat?Kena "aircond" kut, jadi sihat? Duk dalam bengkel terus demam? Esok harinya, memang diorang tak datang kerja. Aku dah agak. =))

Itu cuma fikiran aku, tapi betulkan? Nak gaji besar, tapi buat kerja susah sikit tak nak? Kan kerja tu kalau buat lama - lama akan jadi biasa? Itu yang aku fikir sampai aku boleh kerja di situ sampai 2 bulan untuk cari rezeki. 

Mungkin tu la orang kita kan? Semua benda kena suap, suruh buat kerja tak nak? Semangat nak hidup tak ada? Semua nak jalan mudah? Jadi last - last kerja la pelacur, penyeludup dadah, dan lain - lain yang senang dapat duit. Habis sangat jadi pengemis tepi jalan mintak duit. 


Sunday, April 3, 2011

Contoh theme untuk software "muvee reveal"

Video ni aku buat untuk projek Science Attack kat SMK T Mahmood Iskandar Batu Pahat mengenai pengenalan kepada pembuatan Roket Air. Kami ukur melalui jarak, jadi kami launch roket secara horizontal. ;))




Video ni ak gunakan theme "Cube Twist" dr dalam Muvee Reveal.


Video kat bawah ni pulak eksperimen EMF utk ting. 5. 



Tuesday, March 8, 2011

Belkin Router Lagi

Sebelum ini aku ada tulis ulasan sikit pasal "Belkin Router" yang aku guna. Aku ada tulis pasal "limited access" yang selalu aku kena tempuhi tu. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa selalu jadinya "limited access" tuh. It's because someone is trying to be hacker hacking my visible line! Yup, I think it so. Bila "orang" tu cuba nk hack dan masukkan "password" yang salah, router aku akan jadi "limited access". 


Jadi bila sampai kat u, ataupon bilik aku ni, apa aku buat, aku "hide"kan line aku, atau buat dia jadi invisible dan hanya boleh di "access" aku seorang atau orang yang aku benarkan saja dengan mencari secara manual line wireless aku ni. Semua boleh "configure" kat setting wireless ni sendiri.


Sekarang, aku dah tak hadapi masalah "limited access" dan router aku pon boleh "running" 7 hari 7 malam tanpa henti dan sebarang gangguan. I loiikkeeee..!!


My Belkin Router

Thursday, March 3, 2011

Kawan-Kawan =))

=D Pada suatu hari, saya telah pergi bermain bowling dengan kawan - kawan saya. Tapi ad sorang kawan saya ni sangat pemalu orangnya, skill dia main sama macam skill adik saya yg umur darjah 5 tu main. =D

Lepaking

Lama tak update blog. Tak tau nk tulis apa, :D Tapi kali ni, kita tgk gambaq ja la no?
Kawan ak ada bawak aku p satu tempat, tempat rekreasi, agak cantik. Taman ni terletak di kawasan Mutiara Rini, Skudai. =D








p/s: Aku x sempat nk pusing abis lg taman ni. Aku rasa ad byk lagi port cantik dlm taman ni.