Tuesday, December 21, 2010

Review: Belkin F5D7230ak4 Wireless G Router

Rumah anda dilengkapi wireless router bila melanggan Streamyx dari TmNet? Rumah saya tidak, kerana saya memakai package Streamyx-in-a-box. Jadi semuanya perlu dipasang sendiri, termasuklah pemasangan kabel telefon dan LAN pada komputer. Ini kerana Streamyx-in-a-box hanya perlu dibayar rm40 sebulan, dengan kelajuan 500++kbps. Murah bukan? 


Tapi ini bukan yang saya ingin komen pada post kali ini, cuma saya ingin komen mengenai router wireless yang saya beli sendiri untuk kegunaan di rumah memandangkan di rumah mempunyai 2 buah laptop dan 1 komputer. Untuk mengelakkan pertembungan antara 3 adik beradik, iaitu saya dan 2 lagi adik untuk menggunakan laptop yg SATU, saya terpaksa menggunakan wireless router untuk membolehkan adik adik saya juga boleh menggunakan internet. 


Belkin Router: Bila digunakan pada masa yang lama, router akan jadi sangat panas, sampai saya rasa saya boleh menggoreng telur mata kerbau di atasnya. Selain itu, kerap kali berlaku "capaian limit" atau "limited access". Ntah apa2 ayat aku. =.= Jadi saya perlu turn off dan turn on semula wireless router dan modem. Agak memberankan apabila kita tengah mendownload sesuatu movie yang telah mencapai 95% dan tiba2 sahaja internet tidak dike-udara.


Tapi masa nk setting wireless router neh, saya rasa tak banyak masalah dan agak senang. Walau saya telah kehilangan manual untuk wireless router ni, saya masih boleh dapatkan kembali manual pada laman web router ini untuk setting wireless ini semula. 


Apa apa pun, jikalau saya menggunakan kabel LAN, memang line sangat stabil dan amat mengasyik, tetapi memandangkan saya seorang kakak yang baik, saya perlu memikirkan perihal dua adik saya lagi yang kempunan bermain game facebook. Jadi saya perlu tetap konsisten selalu menggunakan wireless router. 


p/s: Saya adalah pengguna baru Windows 7. hikhikhik. Saya juga "mediafirer". 


Download:
User Manual Belkin F5D7230ak4 Wireless G Router

4 comments:

mYn Samsuddin said... [Reply]

saya menggunakan DLink yg sgt terbaek brbanding Aztech (yg lama dh rosak).. dulu saya igt susah nk setup tp sbrnya ia sgtlah mudah... hahahaha... xpenah jd limited connctvty.. hahahah...sekian wassalam...

MidSiBudakHangit said... [Reply]

wah. menarik. nanti sy akan cuba pkai. bila sy jd jutwan nanti la. haha

Anonymous said... [Reply]

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

MidSiBudakHangit said... [Reply]

odd in what way David? thnks 4 the opinion. :D

Post a Comment