Tuesday, December 21, 2010

Memory card does not appear in My Computer or Windows Explorer

Aku baru format laptop dan install Windows 7 dalam minggu ni. Jadi aku boleh dikira sebagai junior dalam penggunaan windows 7, ye dak? b4 neh, aku guna win XP, win kesayangan aku. huhu tapi try gop guna win 7, sebab aku dengar banyak respon baik mengenai win 7 ni, terutama dia benarkan kita untuk guna crack, tak macam vista yang banyak songeh. Aku tukar neh pon sebab hari tuh ada masalah skit, laptop jadi "hang" dan kuar skrin biru dan kata ada "physical dump". Tanpa banyak bicara, aku format ja terus. Win 7 neh pon x payah install driver, dia akan automatic cari driver untuk setiap kompenan dalam laptop. Memang senang lah!

Memandangkan aku baru install win 7, banyak yang ak kena wat balik, masukkan program2 tetap, cthnya Mincrosoft Office dll lg. Jadi semua benda aku kena check balik, boleh guna atau pon tak. Ak masukkan external web cam ak, bleh la guna. Lulus! Boleh guna macam biasa. Ak check setting LAN aku. Lulus! Boleh guna macam biasa cuma kena "add" balik connection "Streamyx". Tak ada masalah tu.

Tapi bila aku cuba masukkan memory card aku utk laptop neh baca, ada masalah plak. Memory card folder tak muncul dalam My Computer atau Windows Explorer. Hal sebegini tak pernah terjadi bila aku pkai XP dlu. Jadi ak check "Device Manager".


Ada nampak sebarang masalah? Tak ada.  Jadi ak round2 kat Google. Mana tau dia boleh tolong aku. Lepas tuh aku jumpa satu tread. Dia kata maybe aku ada masalah dengan "Computer Management" aku. Macam mana nak bukak "computer management"? Bukak My Computer, klik kanan pada "Computer" ---> "Manage" ---> "Storage" ---> Disk Management. Aku pon check. 


Kalo korang besarkan, korang akan lihat ada 3 komponen di situ. Satu drive C, satu drive D dan satu lagi kat Disk 1 tuh, ada satu folder yang unknown. Tu la folder memory card aku, cuma ia tak muncul kat My Computer. Berdasarkan tread tu, aku perlu "change drive letter and path". Tapi bila ak tekan akan kuar error yang bermaksud aku tak boleh buat apa2 pon mengenai ni.


Aku pon dah cuba cari tread kat HP page, memandangkan aku pengguna Compaq Presario v3600. Aku dah cuba buat apa yang dia suruh, tapi masih tak berhasil. Cuba download driver paling latest pon dah. Untuk win 7, kita boleh guna driver untuk win vista ya.
Ini link tread "solve solution HP"

Lastly aku jumpa satu page neh. http://laptop-driver.blogspot.com/ Founder page neh, Black akan tolong carikan driver windows untuk kita. Kalo korang nak cari driver, tapi x jumpa, korang tanya saja dia, dan dia akan tolong carikan. Very nice. 

Bila aku tengok page dia, aku rasa dia boleh tolong aku. Lastly dia suruh aku bukak "device manager" balik dan expend semua sub dalam tuh dan cari ada tak mana2 yang "unknown device". Dan pilih jugak View ---> Show Hidden Devices. Biasanya kalau ada unknown device, sub tu akan jadi kuning, tapi manager aku tak tunjuk sebarang kekuningan. 


Bila aku dah expend semua, baru aku perasan, ada satu kat storage volumes tuh jadi unknown device. Tapi tak dak simbol error. Bila aku klik kanan dan update device, dia akan kata device tu dah up-to-date. Lastly Black suruh ak uninstall dan klik button "Scan for Hardware Changes". Lepas tuh sub yang jadi "unknown" tu akan jadi "generic volume" balik. Jadi, folder memory card aku dah muncul balik kat My Computer.


Benda senang tapi kecil untuk aku perasan. Dari mula memory card tak muncul kat My Computer, aku selalu ja bukak "device manager", tapi tak perasan. 

Jadi kalau korang ada masalah sama macam neh, cuba la buat cam neh. Sebelum tuh, pastikan "driver" untuk memory card reader tuh dah betul dan up-to-date. Kat mana korang boleh cr driver? Kat laman web pengeluar laptop korang. Mesti ada punya lah.

p/s: Thanks Black 4 ur help. =D

Review: Belkin F5D7230ak4 Wireless G Router

Rumah anda dilengkapi wireless router bila melanggan Streamyx dari TmNet? Rumah saya tidak, kerana saya memakai package Streamyx-in-a-box. Jadi semuanya perlu dipasang sendiri, termasuklah pemasangan kabel telefon dan LAN pada komputer. Ini kerana Streamyx-in-a-box hanya perlu dibayar rm40 sebulan, dengan kelajuan 500++kbps. Murah bukan? 


Tapi ini bukan yang saya ingin komen pada post kali ini, cuma saya ingin komen mengenai router wireless yang saya beli sendiri untuk kegunaan di rumah memandangkan di rumah mempunyai 2 buah laptop dan 1 komputer. Untuk mengelakkan pertembungan antara 3 adik beradik, iaitu saya dan 2 lagi adik untuk menggunakan laptop yg SATU, saya terpaksa menggunakan wireless router untuk membolehkan adik adik saya juga boleh menggunakan internet. 


Belkin Router: Bila digunakan pada masa yang lama, router akan jadi sangat panas, sampai saya rasa saya boleh menggoreng telur mata kerbau di atasnya. Selain itu, kerap kali berlaku "capaian limit" atau "limited access". Ntah apa2 ayat aku. =.= Jadi saya perlu turn off dan turn on semula wireless router dan modem. Agak memberankan apabila kita tengah mendownload sesuatu movie yang telah mencapai 95% dan tiba2 sahaja internet tidak dike-udara.


Tapi masa nk setting wireless router neh, saya rasa tak banyak masalah dan agak senang. Walau saya telah kehilangan manual untuk wireless router ni, saya masih boleh dapatkan kembali manual pada laman web router ini untuk setting wireless ini semula. 


Apa apa pun, jikalau saya menggunakan kabel LAN, memang line sangat stabil dan amat mengasyik, tetapi memandangkan saya seorang kakak yang baik, saya perlu memikirkan perihal dua adik saya lagi yang kempunan bermain game facebook. Jadi saya perlu tetap konsisten selalu menggunakan wireless router. 


p/s: Saya adalah pengguna baru Windows 7. hikhikhik. Saya juga "mediafirer". 


Download:
User Manual Belkin F5D7230ak4 Wireless G Router

Thursday, December 2, 2010

Google Chrome, Mozilla, Safari

Ok, terus terang, ak on9 ketiga tiga browser neh utk on fb semata mata n main game. Game pilihan ak adalah Mafia Wars (MW) dan Live Games (Pool). 


So post hari neh ak nk wat 3 perbandingan antara jenis neh.


Mozilla. browser ni mmg ok bg ak, cuma masalahnya, bila nk bukak awal2, tuh, mmg slow haram. Lepas dpt bukak, smua smooth. Game loading x da masalah dll. Memandangkan ak dah integrate IDM (Internet Download Manger) ak ngan mozilla, bila ad video frmt flv, contohnya utk YouTube, automatic kuar button utk download. I loikee....! Macam td ak kata, time nk bukak mmg slow abis, ak prefer guna Google Chrome (GC). Ah, lg 1, ak x tau masalah ap, tp mozilla ak x bleh simpan apa2 password, totally x da history (padahal mmg ak setting jgn simpan history). Tp ak rasa, dlu ak pnh buat mcm tuh, "dont save history", tp password utk sesetengah web, mozilla masih dpt simpan, kali neh ak x tau npa. Setiap kali masuk, contohnya nk masuk fb, mesti kna taip balik email n pass, wo, rugi energy wo. ;D


Google Chrome. mmg laju. men game ka, loading ap ka, mmg ak salute, laju. Tp... masalah terjadi gak kt ak, bila ak men mw, ak nk post something, x kuar kt wall. Peh. Berasap beb, men MW neh kalo x post, payah ak rasa. huhu GC ne, ak x integrate ngan IDM, sbb kdg2 nyusah gak, bukak game farmville, smua bunyi kambing itik ayam babi dll nk automatic download. wo... ak bukan nk klik "cancel" kt idm popup box, tp ak nk klik "harvest" dlm fv tu. Jadi, disebabkan x kuar post game ak kt wall, ak guna safari.


Safari. hu... browser neh, ad GC skit, ad mozilla skit. Laju byk dr mozilla, tp slow skit dr GC. Men game, kdg2 ja kut yg loading x best, bila laptop dah on lama sgt n memory pon dah guna byk ruang. So, itu x pe. Nmpk skit lmbt loading, restart je laptop. x da hal lah. =D Post game kt wall x da masalah, Cuma ak angin ngan safari neh, nk bukak tab baru, slow kut! Kalo bukak tab baru, mesti dia akan kuarkan "Top Sites". nk tgu loading tuh, lmbt gak ak rasa. Jadi, kalo guna Safari, ak x suka bukak new tab. =.=


Jadi di sini, bila nk mendownload, ak guna mozilla, bila nk laju, contohnya nk cr bahan rujukan, check email, baca berita, bca blog, ak bukak GC, bila nk men game, ak bukak Safari. bila ak on9, ketiga2 browser la ak bukak. huhu Setiap browser dlm laptop ak neh ad kurang n kelebihan dia. 


Ya, ya, ak tau, ampa mesti pikiaq, awat ak x reinstall ja kan. huhu ak mls sbnqnya. smua neh terjadi setelah beberapa tahun ak guna, so dah mcm2 ak bookmark. Bila eksport bookmark n import balik, serius x cantik. ak x suka. huhu lebih kurang mcm kedudukan barang dlm rumah ak dah berubah la, x suka shial.


Jadi, ak berazam, sebelum sampai ujung taun neh, ak akan frmat laptop. (ak mls nk trasfer data masuk external. byk seh.) tp ak akan gagahi jugak buat, skit2 pon jadi la kan, 1 hari 1 MB, wahaha


p/s: may have a nice choice >;-)

Thursday, October 7, 2010

That's why you get B for your BM

S: I get B for my BM. I studying at premier school, so, with that result, my teacher cannot accepting it.
DJ: Im gonna asking you a question.
S: ok.
DJ: If you put "cili padi" in ur rice, will it be hot?
S: Ok, I'm telling you something, I can't eat rice without the "cili padi".
DJ: Alooo dude, Im asking you, will it be hot, answer the question, hot or not, Im not asking bout' your routine, lol, that's why you get B for your BM.
S: Ok2, what the quantity of "cili padi" in the rice?
DJ: Aiyo, its a simple question la dude, just answer it hot or not. haha That's why again you get B for your BM.


credits: Hitz.fm around 7.10am morning talk, 7 Oct 2010


p/s: This is a true story, happen to almost bright students. My word, plz just answer that question, the question is very clear.
Same goes when Im teaching in class, plz accept everything I said, there are no tricks in my every questions. We're not doing IQ test.

Friday, September 24, 2010

Masa Depan



Saya Pasti Akan Kehilangan Dia Suatu Hari Nanti


p/s: Jangan rasa selesa dengan keadaan hari ini. Semua benda di dunia tidak akan kekal selamanya. 

Tuesday, July 6, 2010

Eksperimen Eureka

Eksperimen Asal: 



TUJUAN:
Menyiasat hubungan antara berat air yang tersesar dengan daya apung.

HIPOTESIS:
Daya apungan adalah sama dengan berat air yang tersesar.

KESIMPULAN:
Hasil eksperimen menunjukkan bahawa nilai yang diperolehi antara berat air yang tersesar dengan daya apungan adalah tidak sama dan jauh berbeza. (Keputusan adalah tidak jitu).

Oleh itu, satu pengubahsuaian dibuat untuk memboleh nilai yang lebih jitu diperolehi untuk menunjukkan bahawa berat air yang tersesar sama dengan daya apungan.


Pengubahsuaian:






Prosedur: 




Radas yang di perlukan seperti dlm rajah.
























Ambil bacaan bikar 10ml.



















Ambil bacaan silinder tumpat.













Susun alat radas seperti dalam rajah.





















Ambil bacaan jisim asal silinder tumpat sebelum ditenggelami air.




















Masukkan air ke dalam bikar 100ml sehingga menenggelamkan silinder tumpat.












Masukkan air ke dalam bikar 10ml sehingga bacaan menunjukkan bacaan jisim asal silinder tumpat sebelum ditenggelami air.











Ambil semula bacaan bikar 10ml bersama air yang tersesar.


















Pengiraan:

JISIM SILINDER TUMPAT SEBELUM DITENGGELAMI AIR = 1.9N
JISIM SILINDER TUMPAT SELEPAS DITENGGELAMI AIR = 1.6N
KEHILANGAN JISIM SILINDER TUMPAT = (1.9N – 1.6N) = 0.3N
BERAT BIKAR 10ML = 58.1g
BERAT BIKAR + AIR = 85.1g
JISIM AIR YANG TERSESAR = 0.27N


Kesimpulan:


EKSPERIMEN ASAL
  • KEPUTUSAN KURANG TEPAT 
  • BEZA 0.3N DENGAN NILAI SEBENAR 

PENGUBAHSUAIAN
  • KEPUTUSAN LEBIH TEPAT 
  • BEZA 0.03N DENGAN NILAI SEBENAR

p/s: Ini adalah projek amali fizik ak kt u. =D

Thursday, June 17, 2010

Another Music Genius

Tyler Ward


One of his covers. Nice. =D


So, sub his channel, http://www.youtube.com/user/TylerWardMusic


Facebook:
http://www.facebook.com/tylerwardmusic


Please, check out his original album and cover album on iTunes:
http://www.itunes.com/tylerward

Wednesday, May 12, 2010

Penemuan Baru

Bila masuk page depan YouTube ari tuh, ak nampak highlight video baru. Then ak jumpa seorang lg penyanyi yg ak rasa suara agak SEKSI. hehe. Muka ad rupa a.k.a CUTE bg ak. Tp penyanyi neh belum bernaung di bwh mn2 syarikat, dia bergerak solo. Dah hampir 3 tahun dia postkan music video dalam u-tube neh.

Alain de Courtenay





Tittle: Ode On A Clock








Tittle: Lovesong





p/s:
Bila dia nyanyi lagu Lovesong (The Cure cover) + sound violin yg agak best bg ak, ak x bleh berenti tgk klip neh. =))
Banyak lg video klip dia kt utube. so bleh la check2 tgk. smua best2. =D

Tuesday, April 6, 2010

Your Funny Little Smile =D


p/s: Im adore, attracted, like or fall in love?

Monday, April 5, 2010

Ulasan untuk "MyLook"

MyLook adalah salah satu pelungsur web (browser) yang saya rasa baru dibangunkan. 


Apa yang menarik mengenai laman ini adalah ia menawarkan habuan (shares) bagi setiap carian tetapi carian hanya maksimum setakat 5 carian dalam masa 24 jam.


Apa yang boleh dikatakan mengenai laman ini, ia masih terlalu baru dan banyak yang perlu dipertingkatkan. Contohnya, apabila saya melakukan carian, hasil yang keluar adalah tidak banyak dan sangat terhad.

Muka Hasil Carian

Hasil Carian Tidak Banyak dan Terhad

Mengenai habuan yang disebut tadi, saya tidak begitu pasti sama ada web ini akan menawarkan imbuhan yang betul kerana saya tak nampak di mana dan bagaimana imbuhan itu akan dibayar. Mungkin laman ini akan membayar selepas ia betul-betul stabil. Kita tunggu dan lihat. Tetapi apa yang saya rasakan, adalah tidak rugi mencuba kerana ia tidak memerlukan kita mengeluarkan duit, cuma memerlukan kita "register" dan menyebarkan pada orang ramai mengenai laman ini.

Friday, April 2, 2010

Beautiful Thing


p/s: Super song is for cry.

Wednesday, March 31, 2010

Bila Sudah Rasa Bosan

Pada suatu hari, saya telah bermain game online di "MukaBuku" iaitu Mafia Wars. Tiba-tiba saya terpandang ini.







Sepatutnya seperti ini kan? 




Huhu, tak kisah la ap pon. Janji saya boleh main game cam biasa. Gift tetap bole diterima ya. 
=D 

Tuesday, March 23, 2010

Water Bottle Rocket

Nampkanya 2 3 mgu neh ak sibuk wat mini projek untuk kelas amali fizik ak, iaitu buat water bottle rocket. Akhirnya jadik gak launcher water rocket ak, walau byk masalah jadi pada awalnya.
Antara masalah nya;
  • Ad kebocoran pd salur angin
  • Holder botol x ckup kuat
Lastly, ini la final design ak untuk launcher.




Untuk "hold"kan botol b4 dilepaskan, kami gunakan keping aluminium, dan diselitkan pada kepala botol.


Untuk wat launcher dan roket neh, material yg kami guna adalah:

  • Aluminum (16.2 cm by 16 cm)
  • PVC22 cm and 20 cm
  • Inflating Needle
  • Wood board 9 by 7.7 by 5.5 inches
  • 1liter plastic bottle
  • Screw driver
  • PVC glue
  • Pencil
  • Electric drill and bits including a 3/8 inch bit
  • 2 6-inch spikes
  • Ruler (30cm)
  • 1 3-inch eyebolt with two nuts and washers
  • Spray Paint
  • Scissor
  • Saw
  • Clothes
  • Goggle
  •  Plastic card


Ikut design yg dah dibuat ini, nmpknya masih ad beberapa masalah kecil yg timbul, antaranya holder yang digunakan tak ckup kuat utk tampung pressure botol yg kuat. Tapi, ikut design neh, pressure yang masuk dlm botol adalah sgt tgi sbb aliran angin adalah pendek dan mempercepatkan pengaliran udara masuk dlm botol.

Bila kami da wat demo, nmpknya botol yg naik hny boleh mencapai tgi maksimum dalam 5 tingkat bngunan. 

Botol yg kami gunakan jga adalah botol yg sederhana besar dan ad bentuk yg lurus, supaya halaju angin pada smua bhgian adalah sama bila berada di udara.


Friday, January 15, 2010

GiFt

Pernah terfikir untuk Derma Organ?

Aku terfikir macam tuh bila ingatkan diri tak banyak buat jasa pada masyarakat dan negara. So, maybe ini lah jalan terakhir sebelum jasad ak dikebumi kan, peluang aku memberi khidmat pada masyarakat.

Tapi, macam mana pula dengan family aku jika dapat tahu yang aku ingin dermakan organ? Mesti ada yang membantah. Jika tak membantah, itu satu bonus. Mana tahu, family aku pon nak turut serta dalam menderma organ ni. Kalau membantah, kena pandai2 la pujuk hati si ibu, kerana pasti dia yang akan terluka hati memandangkan badan anak kesayangan akan dirobek robek doktor hensem. ;-D




Isu menderma organ ini agak sukar untuk dibawa ketengah untuk dibincangkan. Kerana kebanyakan akan berpendapat bahawa apabila tiba masa untuk dikebumikan jasad terutama untuk orang Islam, akan menjadi masalah, kerana organ atau anggota badan yang tidak cukup.

Namun, sebenarnya, itu tidak menjadi masalah. Hukum menderma organ adalah harus di dalam Islam dan ini adalah amalan mulia. Jadi, seharusnya kita patut mula mengikis rasa menderma organ adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan.




Galakkan masyarakat kita mula menderma, sama ada menderma darah, organ ataupun bantuan kewangan di saluran yang betul, bukan di saluran yang salah. Lengkapkan diri dengan semua persoalan yang timbul mengenai derma organ dengan banyakkan membaca dan bertanya pada yang pakar.

Sesiapa saja boleh menjadi penderma organ, sama ada tua atau muda, cuma jika penderma adalah berumur 18 tahun ke bawah, mereka dikehendaki meminta kebenaran ibu bapa dahulu.




Sesiapa yang ingin menderma organ juga perlu mendaftar dan mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang siap diisi perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Selepas mendapat kad penderma, kad itu hendaklah disimpan di dalam dompet dan di bawa ke mana2 sahaja kita pergi.

Untuk keterangan lanjut, lawati laman ini. Info Sihat.

Jika tiada aral melintang, insyaAllah, aku akan turut serta dalam menderma organ di masa depan. Amin.

Sunday, January 10, 2010

Tulisan Rumi ---> Tulisan Jawi ---> Tulisan Rumi

Dah lama laptop ak x buat hal, tp tiba-tiba ari tuh, before ak balik kolej, dia merenget pulak. Buat masalah. So, ak mmg x buleh duduk diam kalo dia buat masalah, trus ak cari punca masalah, nk betulkan balik.

Macam neh la dia muncul;



Bila ak taip kt bar, apa2 perkataan ja kt dalam web browser Mozilla Firefox, smua tulisan akan jadi tulisan jawi, perh, ak terkejut. Bila ak cuba taip kt browser len, cthnya Google Chrome, atau Safari, x da masalah, tulisan kuar ngan tulisan rumi. Ak tulis kat ym pon, kuar tulisan rumi. Tp pelik kat Mozilla ja lah. So, pusing2 dlam laptop cr punca, still x jumpa. so, trus ak tny kwn2 ak, mn tahu diorg tahu nk betulkan. xdak yang tahu jugak.

Lastly baru ak prasan,



Ak tertekan Arabic Language kat Language Bar. =.= waduh. So, sila tukar kembali kepada English Language untuk kembali kepada asal ya. yeah! (^_^)/