Tuesday, August 9, 2011

Tak Terkata Apa

Sekarang pelajar universiti yang buat Sarjana Muda pastinya tengah cuti 4 bulan dr bulan Mei hingga September akan datang. Jadi kesempatan ni aku guna untuk bekerja selama dua bulan di sebuah kilang di Johor (gaji lumayan gak, tak macam gaji kat Perlis, wkwkwkw).
Banyak pengalaman yang aku dapat masa kerja di sini, terutama dalam penggunaan alat pertukangan. Setiap hari, kerja yang aku perlu buat adalah berbeza. Jadi, setiap hari badan aku akan sakit di tempat yang berlainan. Contohnya, hari Isnin, aku sakit pinggang, hari Selasa, aku sakit bahu, hari Rabu aku sakit lengan dan seterusnya begitu lah.

Tapi pada mula - mula aku masuk kerja di situ, aku diberi taklimat bagaimana pengurusan di kilang itu dan diberi beberapa informasi tentang kilang. Seterusnya, aku dan beberapa orang termasuk 2 orang lelaki dan perempuan yang aku tengok dalam lingkungan lewat 20-an dan aku menganggap mereka telah berkahwin diuji dengan satu permainan menyusun kayu kecil untuk melihat kepantasan jari. Seterusnya, kami dikehendaki menjalani latihan menggunakan alat pertukangan "Air Skrewdriver". Guna "Air Skrewdirver" ni gua habaq lu, boleh lebam tangan. :D Memang lebam tangan aku masa latihan seminggu tu. 

Tapi yang aku paling tak boleh terima, masa hari first kami buat latihan, kakak dan abang yang aku cakap berumur tu, buat kerja nak tak nak ja. Jadi aku terfikir, diorang ni orang yang tak ada pelajaran, tak ada duit, mesti hidup susah, tapi kena buat kerja susah sikit pon tak boleh tahan? Kakak tu bagi alasan demam la, tak sihat la masa buat latihan. Tapi... pagi dan tengah hari tu aku tengok dia sihat ceria saja dalam bilik taklimat?Kena "aircond" kut, jadi sihat? Duk dalam bengkel terus demam? Esok harinya, memang diorang tak datang kerja. Aku dah agak. =))

Itu cuma fikiran aku, tapi betulkan? Nak gaji besar, tapi buat kerja susah sikit tak nak? Kan kerja tu kalau buat lama - lama akan jadi biasa? Itu yang aku fikir sampai aku boleh kerja di situ sampai 2 bulan untuk cari rezeki. 

Mungkin tu la orang kita kan? Semua benda kena suap, suruh buat kerja tak nak? Semangat nak hidup tak ada? Semua nak jalan mudah? Jadi last - last kerja la pelacur, penyeludup dadah, dan lain - lain yang senang dapat duit. Habis sangat jadi pengemis tepi jalan mintak duit. 


Sunday, April 3, 2011

Contoh theme untuk software "muvee reveal"

Video ni aku buat untuk projek Science Attack kat SMK T Mahmood Iskandar Batu Pahat mengenai pengenalan kepada pembuatan Roket Air. Kami ukur melalui jarak, jadi kami launch roket secara horizontal. ;))




Video ni ak gunakan theme "Cube Twist" dr dalam Muvee Reveal.


Video kat bawah ni pulak eksperimen EMF utk ting. 5. 



Tuesday, March 8, 2011

Belkin Router Lagi

Sebelum ini aku ada tulis ulasan sikit pasal "Belkin Router" yang aku guna. Aku ada tulis pasal "limited access" yang selalu aku kena tempuhi tu. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa selalu jadinya "limited access" tuh. It's because someone is trying to be hacker hacking my visible line! Yup, I think it so. Bila "orang" tu cuba nk hack dan masukkan "password" yang salah, router aku akan jadi "limited access". 


Jadi bila sampai kat u, ataupon bilik aku ni, apa aku buat, aku "hide"kan line aku, atau buat dia jadi invisible dan hanya boleh di "access" aku seorang atau orang yang aku benarkan saja dengan mencari secara manual line wireless aku ni. Semua boleh "configure" kat setting wireless ni sendiri.


Sekarang, aku dah tak hadapi masalah "limited access" dan router aku pon boleh "running" 7 hari 7 malam tanpa henti dan sebarang gangguan. I loiikkeeee..!!


My Belkin Router

Thursday, March 3, 2011

Kawan-Kawan =))

=D Pada suatu hari, saya telah pergi bermain bowling dengan kawan - kawan saya. Tapi ad sorang kawan saya ni sangat pemalu orangnya, skill dia main sama macam skill adik saya yg umur darjah 5 tu main. =D

Lepaking

Lama tak update blog. Tak tau nk tulis apa, :D Tapi kali ni, kita tgk gambaq ja la no?
Kawan ak ada bawak aku p satu tempat, tempat rekreasi, agak cantik. Taman ni terletak di kawasan Mutiara Rini, Skudai. =D








p/s: Aku x sempat nk pusing abis lg taman ni. Aku rasa ad byk lagi port cantik dlm taman ni. 

Sunday, January 9, 2011

Manusia cepat lupa?

Ya, isu ini bukan baru di Malaysia. Isu ini makin menjadi-jadi. Mungkin kerana mendapat keberanian bila ada banyak orang melakukan hal yang sama. Sama seperti isu "Saya gay dan saya ok". Lebih banyak manusia di muka bumi Malaysia sudah berani mengaku dirinya gay. Tapi isu hari ini bukan pasal gay, tapi pasal:
PEMBUANGAN BAYI


Gambar ini merupakan gambar yang paling popular aku rasa sebab bayi perempuan ini dibuang di hadapan masjid dan tatkala bayi ini dijumpai, ia dipenuhi dengan semut. Amat menyedihkan.


Bila berita seperti ini dihebohkan di kaca tv atau pon pihak media, masyarakat mula menyalahkan manusia yang melakukan hal itu. Bila gambar seperti ini di"upload" di facebook, orang mula memberi komen, "kasihannya bayi ini".


Tapi, katakanlah bayi yang mungkin merupakan anak luar nikah ini dibiarkan hidup dan menempuhi cabaran di dunia, apa yang akan terjadi biasanya bila dia besar, dia tidak diterima masyarakat. =.= Mana sifat simpati yang kita beri jika dia mati tatkala dia dah dewasa? Biasanya anak luar nikah tidak diterima masyarakat, dihina, dimaki, dikatakan membawa malapetaka dan susah untuk berkahwin sepanjang hidupnya. Jika jadi begini, baik saja dia mati kan? Sebab tak ada orang yang akan menerimanya. Baik dia dibuang sebab dia hanya rasa tidak diterima oleh ibunya sahaja dan tidak lagi sejuta orang bila dia dewasa. 


Aku tak tahu, bayi ini sepatutnya hidup atau tidak. Bila dia besar dan ingin berkahwin dengan anak tok imam kampung, pasti akan ditentang habis habisan oleh keluarga tok imam termasuk tok imam sendiri (situasi ini hanya contoh, bukan tok imam sahaja). Katanya, tidak tahu asal usul dan lain - lain lagi. Tapi bila saat bayi yang kecil tadi mati dibuang, dia yang mengatakan dunia sudah akhir zaman, manusia sudah tidak tahu nilai kemanusiaan. Mana kata kata "anak ini tidak bersalah"?


Bila anak yang tak dapat merasai kasih sayang dan merasa dirinya disayangi, dia mula melakukan sesuatu yang boleh membuatkan dia diterima oleh lain, contohnya berkawan dengan budak jahat. Tapi mengapa budak jahat? Kerana budak jahat memang mementingkan persahabatan. Sejahat mana pon perbuatan mereka, mereka tak akan tinggalkan kawan kerana kawan sajalah yang mereka ada di dunia, bukan ibu bapa dan tok imam. Budak baik memang tak kawan dengan anak yang tak tahu asal usul kan? Nanti imej terjejas kan?


Samalah kes ini dengan budak yang mempunyai penyakit HIV yang diwarisi ibu bapa. Dari kecil, mereka tidak diterima masyarakat. Padahal, masyaralat boleh belajar bagaimana nak bergaul dengan mereka. 


Pasal orang yang buang anak sendiri, itu memang orang yang hilang akal, tak ada perasaan dan memang hati dah tertutup. Itu urusan dia dengan Allah SWT. Tapi dari sudut positifnya, baguslah dia buang, sebab kalo dia besarkan pon, anak itu pasti diabaikan dan tak ada kasih sayang. Anak yang tak cukup kasih sayang memang suka cari pasal.


Cara nak banteras gejala buang anak ni? Tak tahu la aku. Bagi aku, bukan ibu bapa saja yang kena bagi kasih sayang dan kekerasan pada anak anak, tapi masyarakat juga. Bukan tunggu dan lihat, kemudian kata belakang a.k.a gosip depan rumah. Ada saja ibu bapa yang dah tatang anak dengan baik, tapi anak buat hal jugak. Masyarakat saja lah yang boleh tolong tengokkan anak anak bila dia di luar rumah. Ibu bapa pon, jangan pula nak berangan boleh tunai setiap impian anak anak jadi kenyataan (sebab waktu kecil2 dulu, impian dia jarang tercapai) dan biar anak2 pijak kepala kita dari kecil. Umur 4 tahun dah tahu menengking kat ibu nak beli permainan "babi dol". Apa kejadah nya pulak tuh? Siapa yang lahirkan siapa neh? Biar dari kecil, anak2 kenal rotan, kenal "hanger", sampai dia tahu mana hanger murah dan mana hanger mahal. Baru besar dia jadi manusia bukan "menatang haram".


p/s: Ini cuma pandangan aku. Aku benci manusia cakap mula mula lain, bila kena kat diri sendiri, cakap lain. Cakap depan lain, cakap belakang lain. Keling ka ap?

Tuesday, December 21, 2010

Memory card does not appear in My Computer or Windows Explorer

Aku baru format laptop dan install Windows 7 dalam minggu ni. Jadi aku boleh dikira sebagai junior dalam penggunaan windows 7, ye dak? b4 neh, aku guna win XP, win kesayangan aku. huhu tapi try gop guna win 7, sebab aku dengar banyak respon baik mengenai win 7 ni, terutama dia benarkan kita untuk guna crack, tak macam vista yang banyak songeh. Aku tukar neh pon sebab hari tuh ada masalah skit, laptop jadi "hang" dan kuar skrin biru dan kata ada "physical dump". Tanpa banyak bicara, aku format ja terus. Win 7 neh pon x payah install driver, dia akan automatic cari driver untuk setiap kompenan dalam laptop. Memang senang lah!

Memandangkan aku baru install win 7, banyak yang ak kena wat balik, masukkan program2 tetap, cthnya Mincrosoft Office dll lg. Jadi semua benda aku kena check balik, boleh guna atau pon tak. Ak masukkan external web cam ak, bleh la guna. Lulus! Boleh guna macam biasa. Ak check setting LAN aku. Lulus! Boleh guna macam biasa cuma kena "add" balik connection "Streamyx". Tak ada masalah tu.

Tapi bila aku cuba masukkan memory card aku utk laptop neh baca, ada masalah plak. Memory card folder tak muncul dalam My Computer atau Windows Explorer. Hal sebegini tak pernah terjadi bila aku pkai XP dlu. Jadi ak check "Device Manager".


Ada nampak sebarang masalah? Tak ada.  Jadi ak round2 kat Google. Mana tau dia boleh tolong aku. Lepas tuh aku jumpa satu tread. Dia kata maybe aku ada masalah dengan "Computer Management" aku. Macam mana nak bukak "computer management"? Bukak My Computer, klik kanan pada "Computer" ---> "Manage" ---> "Storage" ---> Disk Management. Aku pon check. 


Kalo korang besarkan, korang akan lihat ada 3 komponen di situ. Satu drive C, satu drive D dan satu lagi kat Disk 1 tuh, ada satu folder yang unknown. Tu la folder memory card aku, cuma ia tak muncul kat My Computer. Berdasarkan tread tu, aku perlu "change drive letter and path". Tapi bila ak tekan akan kuar error yang bermaksud aku tak boleh buat apa2 pon mengenai ni.


Aku pon dah cuba cari tread kat HP page, memandangkan aku pengguna Compaq Presario v3600. Aku dah cuba buat apa yang dia suruh, tapi masih tak berhasil. Cuba download driver paling latest pon dah. Untuk win 7, kita boleh guna driver untuk win vista ya.
Ini link tread "solve solution HP"

Lastly aku jumpa satu page neh. http://laptop-driver.blogspot.com/ Founder page neh, Black akan tolong carikan driver windows untuk kita. Kalo korang nak cari driver, tapi x jumpa, korang tanya saja dia, dan dia akan tolong carikan. Very nice. 

Bila aku tengok page dia, aku rasa dia boleh tolong aku. Lastly dia suruh aku bukak "device manager" balik dan expend semua sub dalam tuh dan cari ada tak mana2 yang "unknown device". Dan pilih jugak View ---> Show Hidden Devices. Biasanya kalau ada unknown device, sub tu akan jadi kuning, tapi manager aku tak tunjuk sebarang kekuningan. 


Bila aku dah expend semua, baru aku perasan, ada satu kat storage volumes tuh jadi unknown device. Tapi tak dak simbol error. Bila aku klik kanan dan update device, dia akan kata device tu dah up-to-date. Lastly Black suruh ak uninstall dan klik button "Scan for Hardware Changes". Lepas tuh sub yang jadi "unknown" tu akan jadi "generic volume" balik. Jadi, folder memory card aku dah muncul balik kat My Computer.


Benda senang tapi kecil untuk aku perasan. Dari mula memory card tak muncul kat My Computer, aku selalu ja bukak "device manager", tapi tak perasan. 

Jadi kalau korang ada masalah sama macam neh, cuba la buat cam neh. Sebelum tuh, pastikan "driver" untuk memory card reader tuh dah betul dan up-to-date. Kat mana korang boleh cr driver? Kat laman web pengeluar laptop korang. Mesti ada punya lah.

p/s: Thanks Black 4 ur help. =D